wanna share about pengorbanan..
yess, pengorbanan..
apa pengorbanan tu sebenarnya? hmm..for me, pengorbanan tu ialah satu tindakan yang kita buat untuk seseorang/sesuatu tanpa kita fikir kesannya pada diri kita sendiri.. sebabnya kita tau seseorang/sesuatu tu penting bagi kita..
tetibe cakap pengorbanan ni bukan ape.. terfikir~
betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w, junjungan mulia kita dalam menyebarkan syiar Islam..
memang baginda seorang qudwah yang terbaik buat umatnya..baik dari segi akidahnya, ibadahnya, akhlaknya,dsb.. subhanallah~
bermacam jenis ujian dan rintangan yang baginda harus tempuh hanya demi Islam..
dibaling najis, dilempar batu, dihina dengan kata2 yang keji..Allah~
dan segala ujian dan rintangan yang dihadapi baginda, tak pernah sekali baginda mengeluh berat, payah, sakit dsb~
tapi kita, hanya diuji dengan herdikan, diuji dengan kejatuhan pointer, diuji dengan lambakan tugas dan beban sudah merasa lemah,sakit, berat dan sebagainya hingga sanggup melepaskan amanah dan beban dakwah.. tidak mahu lagi berbuat untuk Islam..dan melepaskanya hanya untuk dibuat oleh orang lain..wajarkah begitu?
kita berbuat hanya sikit, sangat sikit untuk membantu Islam itu sendiri jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat..
malah ada pula yang berbuat hanya sikit, tapi sudah merasa sangat berjasa pada Islam..astaghfirullah~
malu...malunya kepada Allah, malunya kepada Rasulullah...kepada para sahabat..kepada orang2 yang telah banyak berbuat untuk Islam..
Betulkah pengakuan keimanan yang kita lafazkan kepada Allah?
Adakah cukup dengan sekadar beriman tapi kita tidak akan diuji dan dibiarkan?
Sama sekali tidak!
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (QS29:2)
"Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (QS29:3)
Sangat jelas.. kalam Allah mengatakan bahkan orang2 sebelum kita juga diuji..apatah lagi kita yang sekarang..juga diuji....
Tapi percayalah, ujian yang Allah timpakan kepada orang2 yang beriman itu adalah tanda kasih Allah pada hambaNya..
Dalam melakukan hal2 kebaikan kita memang akan selalu diuji..
untuk mengetahui sejauh mana pengorbanan dan keikhlasan kita dalam berbuat...
Adakah kita berbuat sesuatu itu kerana Allah atau tidak...
Adakah kita berbuat sesuatu itu untuk mendapat ganjaran atau tidak..
dalam usaha untuk menggapai syurga Allah itu sendiri juga memerlukan pengorbanan..
berkorban untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..
tiada yang mudah diperolehi dalam hidup ini..
sesuatu yang kita inginkan itu memerlukan usaha kita untuk memperolehnya..
memerlukan pengorbanan..ya, pengorbanan...
ianya bukan sekadar petik jari, bukan sekadar sebutan atau kata2..
dalam melakukan tugas2 dakwah..
banyak pengorbanan yang dituntut...
masa lapang, kerehatan, orang yang disayangi, harta, anak2 dan banyak lagi...
kejayaan itu tetap datang walau diri kita yang terkorban..
bersabarlah...
ikhlaskanlah pengorbananmu..
pengorbanan yang dilakukan hanya kerana Allah..
berkorbanlah selagi mampu..
berkorbanlah selagi berdaya..
berkorbanlah kerana ketaatan..
berkorbanlah kerana keredhaan..
baik dari segi harta, tenaga, masa dsb...
segalanya mungkin sia2..tapi hanya pada pandangan manusia..
tidak pada pandanganNya..
berat yang dirasa saat melakukan tugas dakwah hanyalah ujian untuk berkorban..
Aku sedar..aku orang yang menaip..
semuanya peringatan untuk diriku sendiri juga...
yang kadang kala masih merasa berat dalam berbuat..
yang kadang kala masih mengutamakan keperluan diri daripada keperluan dakwah dan orang lain..
Sungguh, banyak lagi kelemahan yang harus ku perbaiki..
dalam usaha untuk menghidupkan sunnah Rasulullah itu sendiri masih sikit..
Tapi, percayalah..aku ingin membantu agama Allah..
Inginku lihat Islam itu kembali bangkit..
Moga roh2 perjuangan dan pengorbanan itu makin mekar dalam jiwa pemuda Islam..
No comments:
Post a Comment