Friday, 18 July 2014

stop give up..

Assalamu'alaikum...




Don't give up..
words yang sangat common kita dengar,
yang diucap.. mungkin oleh kawan2 kita, family, cikgu ke, etc~ saat kita rasa nak putus asa dah..
biasalah kan..
hidup kita ni ada pasang ada surutnya...
sekejap di bawah, sekejap di atas...
bukan setiap masa kita akan merasa senang dan gembira..
suatu saat..kita akan turut merasa sedih dan terluka...
yang mana pada saat itu, saat yang akan membuat kita kembali dekat kepada Allah..
berserah dan mengharap pertolonganNya..

memang kita semua tak semua..
TIADA yang sempurna..
tiada yang TAK PERNAH buat silap..
kerana berbuat silap itu tanda kita hamba yang lemah dan terbatas..
tapi dengan memperbaiki kesilapan dan mengambil iktibar daripada kesilapan  itu adalah satu tindakan yang sangat dipuji..
yelah~ ramai je buat salah..tapi berapa ramai yang benar2 akan menyesali perbuatan tu dan berusaha untuk memperbaikinya...tak ramai..
malah ada je yang buat balik kesilapan yang sama..sebab tak  ambil berat tentang pengajaran daripada kesilapan yang lepas...



satu sikap kita ni..ye laa..manusia kan..
sikap suka menyalahkan orang lain atas kesilapan yang terjadi..
contohnya assignment group kita tak siap..sebabnya banhagian yang groupmate buat tu yang tak siap lagi..sampai overdue untuk hantar dan markah kena deduct oleh lecturer..hmm~
selalu terjadi..yelah..buat last minute kan normal la jadi camtu..
ok~mungkin memang betul la silap orang tu..sampai meng'effect' diri kita sekali..
tapi why not kita cuba untuk think positif dan anggap semua tu adalah teguran yang directly daripada Allah..
mungkin Allah nak tunjuk sesuatu? haa..kan??
kita hanya pandang suatu kesilapan tu daripada satu sisi..satu sisi yang mana memang salah orang tu orang ni bla bla bla~
sampai buat kita tak terfikir pun yang pada sisi lainnya semua tu adalah ujian ataupun teguran daripada Allah untuk kita..
hmm~sekecil-kecil ujian tu pun boleh beri kesan yang besar pada diri kita tau kalau kita betul-betul bersabar dan redha dengan ujian tu...
mungkin Allah nak tegur kita yang itu pun salah kita jugak sebab tak tegur dan biarkan je dia camtu..ataupun mungkin kita tak tegas tegur orang tu...ataupun ada lagi maksud tersirat yang lain yang Allah nak sampaikan pada kita..who knows kan?

jadi, hakikatnya..kita semua ada kekurangan dan kelemahan masing2..
tapi kekurangan dan kelemahan itu bukanlah faktor yang boleh membuat kita seorang yang cepat berputus asa..tak nak berusaha..ulang lagi kesilapan yang sama, menyerah untuk gagal dsb..
jadilah seorang yang berfikiran luas dan berjiwa besar dalam usaha untuk meningkatkan prestasi diri dan berjaya..
nothing impossible ok!
janganlah disempitkan lagi fikiran yang telah sedia sempit...
jangan dilemahkan lagi diri yang telah sedia lemah..
cari solusi..bukan alasan..
kerana orang yang berjaya itu tidak akan pernah memberi alasan untuk tidak berjaya..
biarlah diri kita yang positif mempengaruhi orang2 di sekeliling kita untuk turut positif..
chaiyok!
wassalam~ :)

#noteformyself
#hayatilirikdibawah



Lirik Lagu Jangan Menyerah - d'Masiv 

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
S'gala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
S'gala yang telah terjadi

Back to Reff: 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar

Dan tak kenal putus asa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-jangan-menyerah-dmasiv.html#ixzz37pQ5Yrdw

Thursday, 17 July 2014

Pengorbanan..

Assalamu'alaikum...

wanna share about pengorbanan..
yess, pengorbanan..

apa pengorbanan tu sebenarnya? hmm..for me, pengorbanan tu ialah satu tindakan yang kita buat untuk seseorang/sesuatu tanpa kita fikir kesannya pada diri kita sendiri.. sebabnya kita tau seseorang/sesuatu tu penting bagi kita..

tetibe cakap pengorbanan ni bukan ape.. terfikir~
betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w, junjungan mulia kita dalam menyebarkan syiar Islam..
memang baginda seorang qudwah yang terbaik buat umatnya..baik dari segi akidahnya, ibadahnya, akhlaknya,dsb.. subhanallah~

bermacam jenis ujian dan rintangan yang baginda harus tempuh hanya demi Islam..
dibaling najis, dilempar batu, dihina dengan kata2 yang keji..Allah~
dan segala ujian dan rintangan yang dihadapi baginda, tak pernah sekali baginda mengeluh berat, payah, sakit dsb~

tapi kita, hanya diuji dengan herdikan, diuji dengan kejatuhan pointer, diuji dengan lambakan tugas dan beban sudah merasa lemah,sakit, berat dan sebagainya hingga sanggup melepaskan amanah dan beban dakwah.. tidak mahu lagi berbuat untuk Islam..dan melepaskanya hanya untuk dibuat oleh orang lain..wajarkah begitu?
kita berbuat hanya sikit, sangat sikit untuk membantu Islam itu sendiri jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat..
malah ada pula yang berbuat hanya sikit, tapi sudah merasa sangat  berjasa pada Islam..astaghfirullah~
malu...malunya kepada Allah, malunya kepada Rasulullah...kepada para sahabat..kepada orang2 yang telah banyak berbuat untuk Islam..

Betulkah pengakuan keimanan yang kita lafazkan kepada Allah?
Adakah cukup dengan sekadar beriman tapi kita tidak akan diuji dan dibiarkan?
Sama sekali tidak!

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (QS29:2)

"Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."  (QS29:3)

Sangat jelas.. kalam Allah mengatakan bahkan orang2 sebelum kita juga diuji..apatah lagi kita yang sekarang..juga diuji....
Tapi percayalah, ujian yang Allah timpakan kepada orang2 yang beriman itu adalah tanda kasih Allah pada hambaNya..

Dalam melakukan hal2 kebaikan kita memang akan selalu diuji..
untuk mengetahui sejauh mana pengorbanan dan keikhlasan kita dalam berbuat...
Adakah kita berbuat sesuatu itu kerana Allah atau tidak...
Adakah kita berbuat sesuatu itu untuk mendapat ganjaran atau tidak..

dalam usaha untuk menggapai syurga Allah itu sendiri juga memerlukan pengorbanan..
berkorban untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..
tiada yang mudah diperolehi dalam hidup ini..
sesuatu yang kita inginkan itu memerlukan usaha kita untuk memperolehnya..
memerlukan pengorbanan..ya, pengorbanan...
ianya bukan sekadar petik jari, bukan sekadar sebutan atau kata2..

dalam melakukan tugas2 dakwah..
banyak pengorbanan yang dituntut...
masa lapang, kerehatan, orang yang disayangi, harta, anak2 dan banyak lagi...
kejayaan itu tetap datang walau diri kita yang terkorban..

bersabarlah...
ikhlaskanlah pengorbananmu..
pengorbanan yang dilakukan hanya kerana Allah..
berkorbanlah selagi mampu..
berkorbanlah selagi berdaya..
berkorbanlah kerana ketaatan..
berkorbanlah kerana keredhaan..
baik dari segi harta, tenaga, masa dsb...
segalanya mungkin sia2..tapi hanya pada pandangan manusia..
tidak pada pandanganNya..
berat yang dirasa saat melakukan tugas dakwah hanyalah ujian untuk berkorban..

Aku sedar..aku orang yang menaip..
semuanya peringatan untuk diriku sendiri juga...
yang kadang kala masih merasa berat dalam berbuat..
yang kadang kala masih mengutamakan keperluan diri daripada keperluan dakwah dan orang lain..
Sungguh, banyak lagi kelemahan yang harus ku perbaiki..
dalam usaha untuk menghidupkan sunnah Rasulullah itu sendiri masih sikit..
Tapi, percayalah..aku ingin membantu agama Allah..

Inginku lihat Islam itu kembali bangkit..
Moga roh2 perjuangan dan pengorbanan itu makin mekar dalam jiwa pemuda Islam..